Lawatan Kerja dari Hiroshima University & Andalas University

NILAI, 13 Jun 2014, Institut Penyelidikan & Pengurusan Halal (IHRAM) telah menerima kunjungan wakil dari Hiroshima University, Jepun iaitu Prof Dr Tsutomu Murinaga dan juga Dr. Novizar dari University Andalas, Indonesia.

Tujuan lawatan kerja ini adalah untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan perkhidmatan yang dijalankan oleh IHRAM yang merupakan sebuah institut yang menjalankan perkhidmatan berkaitan halal di USIM.

Prof. Madya Dr. Alina iaitu Pengarah IHRAM telah memberi pendededahan berkaitan latar belakang dan halatuju  serta sumbangan dalam penyelidikan, latihan, analisis serta pengurusan berkaitan halal haram yang boleh diadaptasikan didalam masyarakat dalam dan luar negara.

Selain itu, wakil dari Jepun dan Indonesia telah dibawa melawat makmal analisis IHRAM untuk diperlihatkan antara alatan dan analisis yang boleh dijalankan di IHRAM

Institute of Halal Research and Management (IHRAM)

Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 7010 , Fax: +606-798 7015,   Website : ihram.usim.edu.my