TEMUDUGA SESI 1 'PROFESSIONAL HALAL ANALYST PROGRAM' SIRI 1/2014

PETALING JAYA- 15 September 2014 , Institut Penyelidikan & Pengurusan Halal (IHRAM) dengan kerjasama dari Technology Park Malaysia (TPM) dan Halal Industry Development Corporation (HDC), telah menjalankan temuduga bagi tujuan pemilihan peserta kursus Profesional Halal Analyst Program (PHAP) bertempat di Global Halal Support Centre (GHSC) di Bandar Utama.

PHAP adalah satu program di bawah geran penyelidikan Knowledge Transfer Programme (KTP) Flagship yang mana penyelidikan ini diketuai oleh Prof Dato’ Dr Musa Ahmad. Kelas bagi program ini akan bermula pada 23 Oktober 2014.Anggaran peserta adalah seramai 30 orang.

Temuduga ini akan dilakukan sebanyak 2 sesi iaitu pada 15 September 2014 dan 22 September 2014.
 Panel yang terlibat terdiri dari Pengarah IHRAM, dan wakil dari TPM Biotech dan HDC Corp.

Institute of Halal Research and Management (IHRAM)

Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 7010 , Fax: +606-798 7015,   Website : ihram.usim.edu.my