TEMUDUGA SESI 2 ' PROFESSIONAL HALAL ANALYST PROGRAM' SIRI 1/2014

PETALING JAYA - 22 September 2014, Institut Penyelidikan & Pengurusan Halal (IHRAM) dengan kerjasama dari Technology Park Malaysia (TPM) dan Halal Industry Development Corporation (HDC),sekali lagi telah menjalankan temuduga sesi kedua bagi tujuan pemilihan peserta kursus Profesional Halal Analyst Program (PHAP) bertempat di Global Halal Support Centre (GHSC) di Bandar Utama.

Temuduga ini dijalankan sepanjang hari bagi tujuan pemilihan peserta yang hadir pada hari tersebut. Peserta yang dipilih perlulah mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh semua penganjur yang terlibat. Hanya yang layak sahaja akan dipilih. Pemilihan peserta telah dilakukan pada hari ini dan seramai 30 orang peserta telah disenaraikan.

Institute of Halal Research and Management (IHRAM)

Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 7010 , Fax: +606-798 7015,   Website : ihram.usim.edu.my