MAJLIS PELANCARAN ' PROFESSIONAL HALAL ANALYST PROGRAM' SIRI 1/2014

NILAI, 6 November 2014 - Universiti Sains Islam Malaysia, melalui Institut Penyelidikan & Pengurusan Halal (IHRAM) telah berjaya mengadakan satu majlis pelancaran untul program 'Professional Halal Analyst' bagi siri 1/2014 bertempat di Galeri USIM, Bangunan Canselori.

Majlis ini akan dilancarkan oleh Presiden Persatuan Profesioan Eksekutif Halal Malaysia (PEHMA), Dr. Lokman Ab Rahman. antara yang turut hadir ialah Naib Canselor USIM, Prof. Datuk Dr. Musa Ahmad, Pengarah Institut Penyelidikan dan Pengurusan Halal (IHRAM), Prof. Madya Dr. Alina Abdul Rahim, Ketua Pegawai Eksekutif TPM Biotech, Ahmad Husni Johari dan Naib Presiden Operasi Halal Industri Development Corporation (HDC).

Ketika ucapan perasmi, Dr. Lokman Ab. Rahman berkata, Keperluan eksekutif halal atau panel syariah dalam industri halal adalah lebih kritikal dan mendesak khususnya dalam industri makanan dan minuman dalam negara ini. Perkara itu melibatkan bahan mentah, ramuan, formulasi, pemprosesan, penyediaan, pengendalian dan pengangkutan sehingga produk tersebut sampai kepada pengguna.

Katanya, di setiap peringkat pengeluaran produk adalah terdedah kepada pencemaran silang atau cross contamination, sama ada yang melibatkan najis, perkara haram, syubhah dan unsur-unsur yang membahayakan.

“Kita yakin usaha yang dibuat oleh Universitu Sains Islam Malaysia (USIM) itu adalah langkah yang amat baik bagi membantu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam memperkasakan eksekutif halal di negara ini,” katanya.

Persatuan Profesion Eksekutif Halal Malaysia (Pehma) - See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/eksekutif-halal-sangat-perlu-1.21687#sthash.Pm3uXYgu.Y9lyTmpb.dpuf

Institute of Halal Research and Management (IHRAM)

Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 7010 , Fax: +606-798 7015,   Website : ihram.usim.edu.my