PROGRAM HALAL NEGERI SEMBILAN 2014 - 'PEMATUHAN & INSENTIF DALAM PERNIAGAAN'

NILAI, 17 DISEMBER 2014 - Institut Pembangunan Pengurusan Johor (IPPJ) dan Universiti Sains Islam Malaysia melalui Institut Penyelidikan & Pengurusan Halal (IHRAM) telah berjaya melaksanakan Program Halal Negeri Sembilan 2014-'Pematuhan & Insentif Dalam Perniagaan".

Program ini juga telah mendapat kerjasama dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri Sembilan yang turut sama berganding bahu menjayakan program ini yang telah diadakan di Dewan Kuliah Utama, Fakulti Pengajian Quran & Sunnah Kampus Utama USIM.


Program ini telah dirasmikan sendiri oleh Y. Bhg. Prof. Dato' Dr Mustafa Mohd Hanefah merangkap Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) USIM. Jesteru dengan ucapan perasmian beliau, ada mengatakan bahawa program seperti ini harus diadakan setiap tahun bagi membantu masyarakat terutamaya pengusaha dan usahawan betapa pentingnya standard dan penguasaan ilmu halal dalam setiap perniagaan yang ingin dijalankan.

Pematuhan kepada pensijilan halal perlu dikuatkuasa terutama sekali kepada pengusaha muslim yang sememangnaya perlu mengetengahkan isu halal. Selain itu dinyatakan juga antara objektif pelaksanaan program adalah memberi pendedahan kepada peserta tentang insentif perniagaan yang telah disediakan oleh kerajaan dan pihak-pihak berkepentingan dan juga mewujudkan jaringan dan peluang pasaran kepada pengusaha dalam pembangunan perniagaan industri halal.


Peserta yang terlibat merupakan peserta daripada usahawan, pengusaha makanan, pengusaha hotel, pembekal produk dan perkhidmatan halal yang telah memiliki sijil halal, jururunding, ahli akademik, pelajar dan individu yang berminat. Pembentangan kertas kerja juga telah diadakan sebanyak 3 sesi yang mendedahkan isu halal dalam perniagaan.

Institute of Halal Research and Management (IHRAM)

Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 7010 , Fax: +606-798 7015,   Website : ihram.usim.edu.my