STUDY OF HALAL EXPORT CERTIFICATION AND ESTABLISHMENT OF BUSINESS TO BUSINESS CONTACTS

NILAI- Mac 2015, Institut Penyelidikan dan Pengurusan Halal (IHRAM) telah dipilih sekali lagi oleh United States Agency for International Development (USAID) untuk memberi latihan kepada delegasi Pakistan. Latihan ini memberi maklumat kepakaran dan kemahiran dalam bidang penyelenggaraan dan pemasaran daging halal.

Program ini melibatkan sembilan peserta dari negara Pakistan yang terdiri daripada pemilik perusahaan daging. Program ini telah diadakan di Hotel Berjaya Times Square bermula dari 31 Mac hingga 5 April 2015.

USAID telah memberi dana untuk kegunaan sepanjang latihan berlangsung. Peserta telah dibawa melawat ke Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS), Jabatan Veteriner dan Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE).

Pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) juga memberi pendedahan bagaimana cara untuk mendapatkan standard halal JAKIM.

Selain itu, peserta juga dibawa ke The 12th International Halal Showcase (MIHAS) 2015 bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre, Kuala Lumpur.

Institute of Halal Research and Management (IHRAM)

Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 7010 , Fax: +606-798 7015,   Website : ihram.usim.edu.my