BioMalaysia & Asia Pacific Bioeconomy 2016

KLCC, KUALA LUMPUR - Institut Penyelidikan dan Pengurusan Halal (IHRAM) telah berjaya mengembangkan lagi promosi perkhidmatan di peringkat antarabangsa.

IHRAM telah membuka gerai pameran di bahagian Laboratory Services di bawah kumpulan Biotechnology Corporation Sdn Bhd yang bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Pameran ini bertujuan untuk mempromosikan perkhidmatan latihan dan analisis makmal IHRAM.

Pelbagai organisasi kerajaan dan swasta telah terlibat sama semasa pameran yang berjalan selama 3 hari tersebut.Pameran ini telah disertai oleh kakitangan IHRAM terdiri dari pegawai dan Timbalan Pengarah.

Institute of Halal Research and Management (IHRAM)

Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 7010 , Fax: +606-798 7015,   Website : ihram.usim.edu.my