Professional Halal Training Program (PHTP)

 

USIM, NILAI- 6 Ogos hingga 26 Oktober 2016, Institut Penyelidikan dan Pengurusan Halal (IHRAM) telah berjaya menganjurkan Program Latihan Professional Halal (PHTP) untuk tahun 2016 yang telah disertai oleh wakil-wakil industri dan juga pelajar-pelajar yang telah bergraduat. Latihan ini telah dijalankan di kampus USIM, Nilai.

Seramai 31 orang peserta telah menyertai program pada kali ini. Pengajar-pengajar program ini adalah di kalangan kakitangan akademik USIM dari latarbelakang pelbagai fakulti. Jangka masa program ini adalah selama 14 minggu. Modul latihan turut merangkumi, Ujian Kompetensi Halal, Pengurusan Halal, Sains dan Teknologi Halal, Sains Makanan dan Peraturan/Akta Berkaitan, Instrumentasi Analisis Halal, Standard dan Pengauditan Halal dan juga Syariah dan Undang-undang.

Institute of Halal Research and Management (IHRAM)

Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 7010 , Fax: +606-798 7015,   Website : ihram.usim.edu.my