Bicara Halal 1/2017- Biosensor Halal

USIM,NILAI - 9 Januari 2017,  Bicara Halal yang pertama pada tahun 2017 membawakan tajuk ‘Halal Biosensor’ dengan tiga orang pakar untuk membentangkan berkaitan bidang halal dan juga biosensor.
Program ini telah diadakan di Galeri, Bangunan Canselori, USIM.
 
Pembentang pertama adalah Prof. Dr. Quamrul Hassan, merupakan adalah Pengerusi di Japan Halal Research Institute for Products and Services (JAHARI) dan juga Profesor di College of Business, Universiti Utara Malaysia (UUM). Tajuk yang dibawa oleh beliau adalah berkaitan ‘Halal in Japan – Chalienges and Opportunities’.
 
Pembentang kedua pula adalah Prof. Dr. Eiichi Tamiya, beliau merupakan Timbalan Pengerusi JAHARI dan juga Profesor di Graduate School of Engineering, Osaka University. Tajuk yang dikemukakan oleh beliau adalah berkaitan ‘Biosensors for theBiomedical and Halal Applications’.
 
Pembentang ketiga pula adalah Prof. Dr. Lee Yook Heng, beliau seorang Profesor di School of Chemical Sciences and Food Technology, University Kebangsaan Malaysia (UKM).
 
Moderator program ini adalah Pengarah IHRAM sendiri iaitu Prof. Madya Dr. Che Wan Zanariah Che Wan Ngah.
Kursus ini telah dihadiri oleh seramai 40 orang yang terdiri dari Pensyarah USIM dan juga pelajar Sarjana dan PhD USIM.

Institute of Halal Research and Management (IHRAM)

Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 7010 , Fax: +606-798 7015,   Website : ihram.usim.edu.my