BENGKEL PEMBANGUNAN DAN PEMURNIAN MODUL LATIHAN PROFESIONAL HALAL
HOTEL BANGI-PUTRAJAYA- Pada tarikh 22 hingga 23 Februari 2017, Institut Penyelidikan dan Pengurusan Halal (IHRAM) telah mengadakan Bengkel Pembangunan dan Pemurnian Modul Latihan Profesional Halal.
Bengkel ini adalah bertujuan untuk menyemak dan menambahbaik kandungan kurikulum program latihan profesional Halal yang ditawarkan di IHRAM bagi memenuhi piawaian yang bakal dikeluarkan oleh Halal Profesional Board (HPB).
Bengkel ini telah dihadiri oleh pembangun modul terdiri dari pensyarah USIM dan juga wakil dari pihak JAKIM sebagai fasilitator. Semoga usaha IHRAM ini akan memberikan impak yang positif dalam melahirkan modal insan yang berpengetahuan luas dalam aspek Halalan Thoyyiban.