Taklimat Kesedaran Pengenalan ISO 17025

USIM, Nilai - 12 April 2017 bertempat di Bilik Mesyuarat Institut Sains Islam, IHRAM telah mengadakan sesi taklimat berkaitan Pengenalan ISO 17025. Taklimat ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal berkenaan ISO 17025 kepada kakitangan baru IHRAM.

Taklimat telah disampaikan oleh Penolong Pendaftar Kanan IHRAM iaitu Puan Najihah Budah dan Encik Syamsul Kamar Muhammad iaitu Pegawai Sains di Fakulti Sains dan Teknolgi USIM. Taklimat ini juga dapat memberi manfaat kepada kakitangan yang lain untuk menambahkan pengetahuan serta mengemaskini dokumen yang sepatutnya.

Institute of Halal Research and Management (IHRAM)

Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 7010 , Fax: +606-798 7015,   Website : ihram.usim.edu.my